Seringkali memang perempuan tidak pernah dapat memahami lelaki.
Dalam setiap perhubungan, perempuan sering mahu diingati, sekali pun beratus ribu jarak dan jauhnya dari si kekasih hati.
Teknologi bukan alasan mudah untuk menafikan status rasa dan ucapan sayang sehari-hari tetapi belajarlah untuk lebih mendewasakan cinta besar yang kamu miliki.
Bila mana rindunya bertandang, sering kali suara dan bayang akan perempuan jelmakan dan suarakan untuk membuang akan bahasa rindu itu. Akur pada setiap rentak kata atau bicara rasa. Tapi pada satu ketika, sukar amat untuk dia pula cuba memahami apa mahu si perempuannya.
Cubalah untuk lebih memahami.
Perempuan, bila mahu tidurnya suka bila diucapkan selamat malam, atau sekurang kurangnya membalas balik dengan kiriman rindu dan sayang. Tiada harga mewah disitu, tiada berlian mahal di situ, tiada juang sukar di situ tapi itulah yang lelaki akan terlepas pandang.
Kadang kala perempuan memberi ruang dalam hidupnya hanya pada seorang lelaki, lelaki yang amat di cintainya. Tapi pada masa yang sama, ruang selesa itu akan membataskan pula titip ucapan si lelaki yang mendewasakan alam cintanya.
Lelaki mudah lupa, baginya perempuan itu walau apa cara sekali pun, tetap perempuan manis miliknya. Biarpun dirinya ditunggu untuk bercerita kalimah kata yang ringkas atau paling tidak sepatah ucap buat senafas bahagia.
Sebenarnya, sabar itu terpelihara dalam setiap diri yang mengerti.Mungkin ruang kemaafan yang sering diberi membuatkan lelaki sering lupa, maaf dan sabar itu sebenarnya juga punya harga.
Bisikan sayang, titip kata-kata manis kuat cinta membayang ialah sangat murah pada nilaian tapi sangat mahal pada sebuah kuasa cinta.
Bila lama terleka, kuasa cinta itu sudah punya rajuk dan kecil hatinya. Akan ada bosan dalam sebuah sudut harapan di hujung setiap pujukan hati pada diri sendiri.
Jalan terbaik ialah hanya berdiam diri dan lalui takdir disisih sebagai petunjuk pada diri.
Mungkin kita ini hanya ada untuk mainan tidur mimpinya. Atau mungkin hadir kita hanya bisikan manis di saatnya sunyi, atau kamu ini bukan sesiapa dalam dirinya. Sekadar dendangan gemalai menjelang malam menjelma.
Tersisih dan kecil hati, itu sememangnya hak milik perempuan yang hakiki. Hakikat yang seorang lelaki tidak dapat nafikan ialah perempuan itu kekuatan dalam diri setiap lelaki.
by lantaihatiku