Wednesday, July 20, 2011

pertemuan

ASSALAMUALAIKUM…

Kali ni aku nk story pasal pertemuan. Setiap kali pertemuan itu wujud pasti ada hikmah nya. Tidak kira lah pertemuan itu berakhir dengan keindahan ataupun air mata kesedihan. Apa yang pasti setiap pertemuan ada perpisahan.

Sedar tak sedar aku da hampir 2 bulan internship kat JKDRM. Pelbagai rasa aku rasai. Gembira, bosan, ingin tahu, dihargai & segala macam rasa yang x mampu lagi aku ungkapkan dengan tulisan kali ni. Bila aku muhasabah diri aku…aku jumpa suatu sesuatu yang xpernah aku tergambar dalam kepala otak aku.

Sesuatu yang menjadi seribu pertanyaan buat diriku.

( Arhhh…knp hati aku tiada lagi rasa ikhlas? Aku bosan? Aku penat? Aku nak lari dari dunia yang bukan dari diri aku…) ini lah rintihan hati butaku setiap hari.

Segala macam terlintas dihati aku. Bila aku menangis kesorangan suatu malam diatas sejadah sujudku…aku mula tersedar bahawa aku sedang melalui ujian MU ya ALLAH. Ya ALLAH, hina nya hamba mu ini…jauhnya aku dari golongan hambamu yang sedikit…terasa nur cahaya MU makin gelap menerangi hati ini….

Pertemuan aku dgn insanmu yang telah ENGKAU pilih buat diriku di JKDRM telah menyedarkan diriku bahawa setiap nafas aku, aku sedang belajar banyak perkara. Hanya egois aku yg telah membutakan hati aku tuk menilai. Ya, aku xblajar byk perkara secara perkiraan fizikal…tapi aku lah manusia bertuah kerana jiwa dan rohani aku diisikan dengan ilmu yang mampu tuk aku memimpin pada masa depan. Tuk aku menjadi insan berguna. Tuk aku menjadi anak yg soleh…dengan pertemuan yang singkat ini antara kita yang bakal berjauhan dimata…ku pohon pada MU insan yg suci berhati ikhlas, tegur lah aku…ajarkan aku kejayaan…tunjuk kan aku jalan kemenangan…sesungguhnya, kau lah insan yg dipilih itu tuk melentur pribadi & akhlak pekerjaan aku di masa skung tuk bekalan mendatang. Jgn la jdkan aku musuh mu kerana aku masih lagi seorang yg muda tanpa pedoman hidup yg begitu tawar. sebaliknya Jadikan lah aku umpama padi dan ikan dilautan. Maafkan aku sekali lagi atas dosaku padamu kerna aku sayang pada kamu…

By dr.choice

shahrizan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...